AkU BuKaN ToMBoY...


Aku Bukan Tomboy
      Dari bulan Julai yang lepas dah tersebar pasai cerita nie nak kuar..."AKU BUKAN TOMBOY"...17 November 2011..satu cerita yang mungkin menarik minat uder tuk g tengok...nak tau la jugak bagaimana Syamsul Yusof menceritakan perihal tomboy di layar perak...:P
  
      

~ Sheera Iskandar ~
Antara sinopsis criter nie:
    Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.
   Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

   Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya.



    Isu yang agak sensitif tuk dibincangkan...tuk dikupas...tuk diperdebatkan...masing-masing punya hak....punya pendapat...punya pendirian...Uder pun xtau nak cakap per sebab hidup uder pun kekadang tunggang langgang...Uder cuba jadi yang terbaik,tuk orang yang Uder sayang...tuk anak murid..tuk keluarga...tuk semua orang...
Uder n Ann (adik Uder)


   "Biler nak berubah???"..."Sampai biler nak camnie???"...hish!! ~ yang paham ~...~ wat2 xpaham ~...~ xnak paham ~...bukannya xnak tanya...tau-tau jer nak menghukum...yang pasti Uder tetap Uder dan tak pernah jadi orang lain...Terima kasih Abah dan Mama...xkerana korang yong xkan lahir kat dunia nie...xkan jadi apa yang yong jadi sekarang...Sayang korang <3 ..

..UdeR AhmAd..