:: kEnaPa JaDi BeGinI ::

:: serius benci ::


Tetiba sayu hati mamla-malam nie..
bukan kerana uder sendirian..tapi kerana sedih memikirkan perangai sebilangan kaum adam yang suka mempermainkan perasaan dan hati perempuan...
seolah-olah mengambil kesempatan di atas kekurangan seseorang...

Nak dijadikan kcerita..hari nie uder ditegur oleh sorang mamat sabah dalam FB...

i..
"sihat..?"
"duk mana..?"
"kerja mana..?'
"dah berapa tahun kerja..?"

Ops...!!
sampai ayat sini uder dah jadi hairan..kenapa perlu dipersoalkan berapa lama uder bekerja..perlu ker semua tu tuk proses mengenal hati budi seseorang..?bila ditanya soal status..samada bujang atau sebaliknya..jawabnya senang..

"xkirala bujang atau suami orang..yang penting suka sama suka.."

ayat apakah nie...sesenang itu nak suka orang..sesenang itu nak permainkan hati dan perasaan orang..tak terfikirkah hati dan perasaan isteri dia..anak-anak..hish..kecewalah hati uder jika uder berada ditempat isteri mamat sabah nie..hancurnya hati seorang isteri bila dapat tahu yang suaminya berperangai begini..

***********************

teringat satu kisah..dalam tahun 2007,uder ada berkenalan dengan seorang posmen dan sekarang masih lagi menjadi posmen di batu sembilan..bersyukur sangat,hati uder masih belum terpaut pada dia...tapi masih kecewa dengan perangai lelaki sebegini..ayat yang paling uder takkan lupa yang diucapkan posmen ni..

"apa lagi yang uder perlukan...rumah,kereta,kerjaya...semuanya sudah ada..yang uder perlukan sekarang adalah kasih sayang dari seoarang lelaki.."

manisnya mulut lelaki bila  berbicara...
dengan tenang..uder menjawab..

"jika bahgia uder...kegembiraan uder datang dari kekecewaan orang lain lebih baik tak payah..
uder lebih rela sendiri.."

kalaulah sekarang dia boleh buat isterinya begitu..tak mustahil,suatu hari nanti dia akan buat perkara yang sama pada uder...

**********************
pesanan buat hati...
lebih baik mengelak sebelum tersangkut..sebab kalau hati dah terpaut..
susah nak lepaskan..
andai berjaya lepas sekalipun..
lukanya akan berbekas...