Jom p Kelate...


Kelantan Darul Naim...teringat zaman dulu kala,bila orang sebut pasal kelantan jer takut nak pergi.Dalam mindset nie dah ditetapkan perlu pakai tudung,perlu tutup aurat...tapi disebaliknya Kelantan telah banyak berubah,mungkin kerana dek kepesatan pembangunan dan arus pemodenan.Secara jujurnya kelantan hari ini telah banyak bertukar dan berubah...Tahniah kepada pemimpin di sana.Kabar angin yang sering di war-warkan oleh orang ramai adalanya tidak betul 100%..


Macam-macam yang boleh didapati di Pasar Siti Khadijah.Memang betullah orang kata,mak ayah jer yang tidak ada dijual...hihi...Dari beras siam hinggalah kepada kain baju...Kalau dulu,sewaktu belajar di MAktab Perguruan Besut,rasanyer macam2 nak diborong kalo ke sini..Sediakan duit jer..Yang paling menarik di sini adalah setiap penjualnya akan memakai kain batik.