Merisik dan bertunang...

Merisik


Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Cincin belah rotan


Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Bertunang


Ini pula majlis pertunangan adik kedua uder,Nurul Sherry Aida Ahmad.Yang agak berbeza kali ini tunangnya bukanlah dari pilihan hati tapi ditemukan oleh orang tuapihak lelaki.Mungkin pada zaman ini agak susah nak cari pasangan yang jodohnya ditentukan oleh keluarga.Tetapi bila dibicara soal jodoh,segalanya tidak mustahil...Segala yang berlaku punya hikmah yang kadang kala kita sendiri tidak sedar.Yong doakan Eida akan temui kebahagian yang eida cari selama ini...

Dan yang buat uder terharu,uder sendiri pun telah diberi sebentuk cincin dan sepersalinan pakaian sebagai adat langkah bendul.