Belanjawan 2012



Antara intipati yang terkandung dalam belanjawan 2012:-

  • Bonus penjawat awam sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan dan akan dibayar bersama gaji bulan Disember 2011
  • Membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal untuk menunaikan haji melalui penghadangan Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh negara. Bantuan ini akan dilaksanakan melalui akaun BSN
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan LHDN sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos
  • Caruman majikan dalam KWSP dinaikkan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah
  • Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun
  • Semua warganegara berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik milik Kerajaan. Diskaun 50% tambang LRT dan Monorel
  • Dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat
  • Pemilik teksi bajet persendirian
    • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jalan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
    • Pencgecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari 7 tahun yang dijual atau ditukar milik
    • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian
    • Pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Diuruskan oleh BSN untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Januari 2012
    • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia lebih 7 tahun tetapi kurang 10 tahun. Lebih 10 tahun, ianya RM1,000. Ianya bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh 2 tahun mulau 1 Januari 2012
  • Kerajaan memperkenalka Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia. Ianya dibuka kepada mereka yang berpendapatan isi rumah bulanan RM3,000 dan ke bawah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik 5 tahun. Ianya dikendalikan oleh PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih mulau Januari 2012.
  • Elaun khas waktu bekerja fleksi sebanyak RM600 sebulan berkuatkuasa 1 September 2011 kepada pegawai perubatan siswazah. Bagi pakar dan pegawai perubatan, elaun on-call semalaman antara RM30 hingga RM80
  • Tabung khas perumahan nelayan sebanyak RM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah mereka
  • Skim rumah pertamaku dinaikkan had maksima harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 bagi pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bagi berpendapatan kurang daripada RM3,000 bermula Januari 2012
  • Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merangkumi bantuan
    • RM300 sebulan kepada warga emas miskin
    • RM100 sebulan kepada kanak-kanak miskin dengan had maksimum RM450
    • Antara RM150 hingga RM300 sebulan kepada orang kurang upaya (OKU)
  • Sumbangan sebanyak RM3,000 secara one-off (sekali aja ya) kepada setiap bekas anggota seta duda dan balu mereka
  • Yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa
  • Menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun
  • Mulai tahun 2013, kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun
  • Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
  • Struktur gaji penjawat awam bagi gaji maksimum telah disemak. Sebagai contoh gaji maksimum DG48 sekarang ini RM6,325 naik kepada RM8,710. Kalau DG34 sebelum ini maksima RM3,860 naik kepada RM5,370
  • Bagi Orang Asli, kerajaan akan memperuntukkan RM90 juta untuk penyediaan kemudahan asas
  • BSN akan melantik agen-agen di kawasan luar bandar di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatannya
  • Bayaran sebanyak RM24.50 (sekolah rendah) dan RM33.50 (sekolah menengah) bagi bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful dimansuhkan
  • Cukai keuntungan hartanah (RPGT) dikaji semula. Jualan pada
    • sehingga 2 tahun: 10%
    • 2-5 tahun: 5%
    • Melebihi 5 tahun: tidak dikenakan
  • Pulau Langkawi dibangunkan semula dengan peruntukan RM420 juta
  • Kadar cukai konsesi 10% ke atas dividen pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam Amanah Pelaburan Hartanah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2016
  • Penyenaraian FELDA Global Ventures pada pertengahan tahun 2012 di Bursa Malaysia