Cerita Hutan


Pada zaman dahulu,seorang pemotong kayu tinggal di pinggir sebuah hutan di Jabalpor tengah,India.Beliau mempunyai dua orang anak.Pada suatu hari,si pemotong itu telah membawa anaknya bersama-sama ke hutan.Apabila hari petang.mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan,lalu mereka pun bermalam dalam khemah.pada malamnya mereka menyalakan unggun api untuk mendapatkan cahaya dan memanaskan badan.Mereka tidur dengan nyenyak kerana kepenatan setelah bekerja seharian.
Di dalam hutan tersebut,ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.harimau ini bernama Shere Khan.Shere Khan senantiasa merayau-rayau di dalam hutan pada waktu malam untuk mencari mangsanya.
Pada malam tersebut,Shere Khan telah terhidu bau manusia,iaitu bau keluarga si pemotong kayu yang sedang tidur nyenyak.Shere Khan berjalan perlahan-lahan menuju khemah si pemotong kayu untuk menangkap si pemotong kayu dan anak-anaknya.oleh kerana terlampau asyik memerhati mangsanya,Shere Khan tidak sedar akan unggun api yang berada dihadapannya.Keadaan itu menyebabkan shere Khan terpijak bara api,Shere Khan terkejut dan berasa sangat sakit lalu mengaum sekuat hati.suara Shere Khan tentu sahaja telah mengejutkan si pemotong kayu yang sedang tidur.Si pemotong kayu bergegas bangun dan hanya dapat mendukung seorang daripada dua orang anaknya untuk menyelamatkan diri.
Jeritan Shere Khan juga mengemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua tidak jauh dari situ.Sedang bapa serigala berlari keluar dari guanya hendak menyisat kejadian itu,tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.apabila dia bersedia hendak menerkam ternampaklah kepadanya yang datang itu seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-berebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu serigala.Kedua-dua ibu dan bapa serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakanya Mowgli.Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tiadk lama kemudia,Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu oleh Tabaqui,seekor rubah(jackal) yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terlebih dahulu telah dapat mengesan ke mana budak kecil,anak pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat memakan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supya bapa serigala menyerahkan budak itu yang didakwanya sebagai haknya,bapa dan ibu serigala menentang.Shere Khan cuba untuk mengambil budak itu dari gua,tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.dengan perasaan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.Semenjak dari itu,Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala dan hidup sebagai anak serigala.