:: Pemandu Teksi ::



Hentian Teksi Raub Pahang

Sangat seronok hari ini berpeluang untuk menimba pengalaman menjadi seorang pemandu kereta sewa.Kalo di Kuala Lumpur dipanggil teksi..banyak perbezaan antara kereta sewa dan teksi..

Lesen PSV (lesen kenderaan awam) perlu ada tuk setiap orang yang nak bawak kereta sewa ataupun teksi.Uder dulu ambik lesen nie kat Gombak..RM250 jer..tapi nasib tue tak brapa baik..2 kali test baru lulus..(gara-gara yakin tak bertempat..:P)

Tuk hari ni Uder bermodalkan RM10 tuk minyak kereta,dan menaruhkan masa sepanjang hari tuk berada si hentian teksi Raub.Macam-macam ragam pemandu-pemandu teksi dan penumpang yang boleh Uder lihat.

MeNaNtI PenUmpaNg

"Dah tak sekolah dah ker adik?"
tanya seorang perempuan cina yang minta dihantar ke Taman Raub Jaya 5.

"Boleh bawak ke nie nak...?...kecik-kecik dah bawak teksi.."
bimbang nenek tua yang minta dihantar ke Taman Muhibah

"Baguslah kecik-kecik dah tolong bapak.."
kata perempuan India yang minta dihantar ke Taman Bukit Koman

Alhamdulillah..dapatlah RM27 tungu dari jam 11 pagi sampai jam 2 petang..Rasa dah tak larat nak tunggu lama-lama..Kalo hari-hari camnie..Leh jadi cam ikan kering...:P

Hari ini uder belajar sesuatu...Uder belajar menginsafi dan bersyukur dengan kerja Uder sekarang...Seorang pemandu teksi perlu bersengkang mata,menahan panas an hujan tuk mendapatkan wang belanja seharian.Semuanya bergantung pada nasib..Kalau nasib baik,dapatlah makan mewah sikit tapi kalo nasib tak baik sebaliknya lah....



Keletihan
Ops!!IngaT dah aBis PeNumpanG..tetIba soRaNg lagi penumpang tepon cakap nak ke Sungai Ruan..Apa lagi..rezeki petang namanya..DapaT laGi RM 26..
aLhaMduLillah...